Rss Feed
  1. Chocolate Moist

    Saturday 27 April 2013

          Semua orang tahu kek coklat moist memanglah sedap, nak pulak kalau peminat tegar coklat, diet tolak tepi... coklat mengatasi segalanya... sedap  memang sedap!!! Dengan limpahan coklat yang banyak kat atas kek ni, membuat sesiapa yang makan tu pasti licin… 
    Cecair coklat yang mengiurkan

    Coklat moist

    Cairan coklat pekat likat

    Coklat moist dengan coklat "rice"

    coklat moist dengan kacang badam

    Chocolate moist + chocolate rice + almond


  2.       Ramai yang bertanya apakah itu kek Red Velvet…. Berginilah rupa bentuk kek Red Velvet si baldu merah.
    Red Velvet dengan creamcheese dan ditabur dengan sebuk kek

    Red Velvet 
          Mengikut dari pelbagai sumber, Red  Velvet ni berasal dari berasal dari Waldorf Astoria Hotel, New York, US. Jauhnya merantau sampai ke Malaysia… Bagaimana pula dengan rasanya? Red Velvet ni sebenarnya 60-80% koko dan dihias dengan “Vanilla creamy rich”. Kenapa Red Velvet Nampak merah dan bukannya coklat? Penggunaan 70% koko ditambah dengan sedikit pewarna merah serta berisingkan vanilla cream menaikan kontras merah pada Red velvet manakala versi dari selatan US pula digandingkan bersama ising Creamcheese.
    Red velvet dengan manik

    Red velvet si baldu merah
          Pada asalnya Red Velvet ni bewarna coklat dan bukanya merah pekat dan membara, ini kerana tindakbalas serbuk koko dengan buttermilk dan cuka. Setengah resepi ada menambah pewarna untuk menaikan merah, ada setengah lagi menggunakan ubi bit untuk menggantikan warna merah. Tetapi dengan menggunakan serbuk koko yang betul, saya hanya memerlukan pewarna dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tidak perlu bimbang walaupun dimakan oleh kanak-kanak.


    p/s: Anak-anak saya gemar makan Red Velvet.